Tuesday, January 3, 2017

Atheist, golongan yang mengharapkan tuhan

Assalam!

Sambil2 scroll facebook, ternampak ada sorang kawan non-muslim (dia beragama of course) ada post video2 dan gambar2 berkaitan atheism dan awad rasa macam nak olah serba sedikit mengikut observation awad.

Kenapa awad kata atheist adalah golongan yang mengharapkan tuhan? Pernah tak dengar soalan atheist?

Kalau tuhan itu ada:
kenapa tuhan cipta cancer?
kenapa tuhan biarkan adanya peperangan.
kenapa ada manusia kebuluran.
kenapa ada orang miskin.
kenapa ada kejahatan di dunia.

Ada banyak lagi soalan pelik2 diaorang, huhu.

The point is, atheist adalah golongan manusia yang dah berputus asa dekat manusia. No more faith to humanity. That's why atheist akan sentiasa persoalkan seperti seorang kanak2 tak berpuas hati, dimana tuhan?

Face it, sepatutnya kalau atheist tak percaya dekat tuhan, dia takkan persoalkan tuhan, instead, dia akan bergerak dan buat apa yang patut. Dia akan tolong orang2 yang memerlukan sebab bagi dia, tuhan itu tak wujud (awad percaya tiada tuhan selain Allah). Walau bagaimanapun, instead of helping, atheist juga boleh dikatakan golongan yang malas untuk bertindak. Mereka mengharapkan orang lain yang akan bertindak membantu golongan2 yang susah ini dan apabila tiada yang membantu, mereka hilang faith dekat manusia, justeru, berserah dekat tuhan.

Kenapa tuhan cipta cancer? Mungkin kau just tak puas hati dekat manusia kot, sebab tu kau tanya soalan macam tu. Kenapa manusia tak dapat cure cancer lagi? Sedangkan manusia dah ada dekat muka bumi ni beribu2 tahun dah. Kenapa? Takde manusia yang boleh hidup selamanya. Nak buat apa hidup selamanya? Orang kaya sendiri pun akan merasa bosan eventually walaupun berharta banyak. Lagi2 kalau yang hidup selamanya tu jahat, musnah dunia weh.

Kenapa ada perang? Manusia sendiri yang cetuskan peperangan weh. Jangan salahkan tuhan pula atas berlakunya peperangan ni. Manusia ada nafsu, ada keinginan untuk berkuasa keatas yang lain. Malaikat ye lah takde nafsu. Sebab tu manusia adalah sebaik2 ciptaan. Kau ada keinginan untuk maju kehadapan. Sendiri masih beli produk2 zionis, boleh persoalkan kenapa ada perang. You, yourself are supporting the war!

Kenapa ada manusia kebulur? Ada pergi area KL hari ni bagi gelandangan makan? Ada belanja sesiapa makan hari2? Kalau ada, tahniah. You have effort. Jangan salahkan tuhan kenapa ada yang kebulur. Kau sendiri nak derma dekat tabung masjid pun fikir 2 3 kali lagi, nampak gambar2 african dekat fb je kau dah menyampah, tak payah la sembang banyak.

Ada tolong orang miskin hari ni?

Kenapa ada kejahatan di dunia? Sebab ada nafsu masing2? Kalau semua orang takde nafsu, tak maju lah dunia. Hidup dalam gua bertilamkan bulu, makan makanan yang diburu asal boleh kenyang, pakai je apa2 yang ada. Manusia advance sebab mereka inginkan keselesaan. Manusia inginkan something yang better. Manusia tidak pernah akan merasa cukup, Boleh je orang semua buat rumah standardize je size rumah, design rumah, semua sama. Tapi masing2 ada nafsu lain2 kan, ada na rumah panjang, lebar, 2 tingkat, 3 tingkat, istana. Who knows.

Nak borak panjang2 pun, mood menulis makin menghilang. Ughh, malasnya nak update blog XD
Kalau ada salah silap, minta maaf. Awad muslim btw. Kawan awad tu hindu. Saja nak borak2 pasal ni :P

No comments: