Saturday, December 24, 2011

Jawapan PGG, latihan masa cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Wei, ni jawapan PGG sjrh, tugasan masa cuti kita.

1. a) Apakah maksud Imperialisme?
Dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu.

b) Apakah tujuan imperialism barat di Asia Tenggara pada abad ke-15?
Untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah.

c) Senaraikan enam factor imperialism barat di Asia Tenggara.
1. Kekayaan bahan mentah.
2. Persaingan antara kuasa-kuasa barat
3. Beban orang putih dan menyebarkan tamadun.
4. Pengangkutan dan perhubungan.
5. Revolusi Perindustrian.

d) Nyatakan tiga keistimewaan Asia Tenggara yang menarik minat Imperialisme Barat.
1. Tanah subur
2. Kekayaan Bahan mentah
3. Kawasan pasaran baru

e)Pada pendapat anda, apakah factor kejayaan imperialism Barat di Asia Tenggara?
1.
2.
3.
4.

f) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan imperialism barat ke atas Asia Tenggara.
1.
2.
3.
4.
5.

2. a) Nyatakan system pemerintahan Asia Tenggara sebelum imperialism barat.
Sistem pemerintahan beraja.
b) Senaraikan lima cirri umum Sistem Birokrasi Barat di Negara-negara asia tenggara.
1. Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan.
2. Pelantikan gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
3. Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
4. Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro.
5. Pengenalan undang-undang barat.

c) Bagaimanakah system pentadbiran tradisional di Filipina sebelum penjajahan barat?
1. Terdiri daripada daerah-daerah kecil (barangay)
2. Diperintah oleh golongan datu.
3. Selatan kepulauan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam.


d) Salah satu perubahan yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina ialah memperkenalkan system Encomienda yang diketuai oleh seorang Encomienda. Apakah tugas Ecomiendero?
1. Menjaga keamanan
2. Mengutip cukai
3. Mengkristiankan penduduk barangay

e) Mengapakah rakyat Filipina menentang Sistem Encomienda tersebut?
1. Mengenakan cukai yang tinggi
2. Kerahan tenaga
3.
4.

3. a) Nyatakan system pentadbiran di Indonesia sebelum penjajahan Belanda.
1. Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan.
2. Diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.
3. Pentadbiran dikuasai oleh pembesar daerah.

b) Senaraikan enam perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia.
1. Pentadbiran pusat diketuai gabenor jeneral.
2. Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pegawai tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
3. Penubuhan Kerajaan Pusat antaranya jabatan pelajaran dan jabatan pertanian.
4. Penubuhan dewan tempatan sbg penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.
5. Penubuhan Volksraad.
6.

c) Siapakah golongan Mandarin dalam sistem pentadbiran di IndoChina sebelum penjajahan Perancis?
1. Mengetuai Birokrasi
2. Dipengaruhi Sistem pentadbiran tanah besar China
3. Dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.

d) Senaraikan enam ciri kerajaan pusat Union IndoChinoise yang ditubuhkan oleh Perancis di IndoChina pada tahun 1887.
1. Merupakan Persekutuan IndoChina
2. Terdiri daripada Vietnam dan Kemboja.
3. Laos menyertainya pada tahun 1904.
4. Diketuai Gabenor Jeneral.
5. Perancis menguasai pentadbiran.

e) Nyatakan dua syarat yang dikenakan oleh Perancis bagi mengekalkan pentadbiran tempatan di IndoChina?
1. Perlu membayar cukai
2. Menyediakan kerahan tenaga.

4. Burma dan Tanah Melayu adalah antara dua negara di Asia Tenggara yang dijajah oleh British.
a) Nyatakan peristiwa yang membawa kepada kejayaan British menguasai seluruh Burma.
. Perang Inggeris-Burma III


Yang seterusnya akan disambung esok, tiba-tiba malas.. Haham sorry guys. Btw, yang ruangan kosong tu mksdnya awad tak tahu jawapan. Sebab dalam buku teks xckup point atau dalam hw diberi terlebih point.

Wednesday, December 21, 2011

Lagu panik bunkface diharamkan RTM?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*clap clap, Wow! Tabik kat korang bunkface! Tahniah atas kejayaan y'all mengubah satu lagu yang hebat. Well, I refer to this song.

Setiap lirik ada maksud. Patutlah orang politik (orang tua) panik dengar lagu ni. Haha, lagu ni seolah-olah mengajak belia melakukan transformasi, bagus doe. Memang patut negara ni diperintah oleh golongan belia. Tuduhan membabi buta? Yeah, awad pun rasa banyak media sekarang banyak menuduh dan memfitnah membabi buta.

Well, apa-apa pun, teruskan berjuang bunkface, bertentang terus dan mati. Haha, stail lirik dia. Nice~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sunday, December 11, 2011

Farewell Tuanku Mizan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Daulat tuanku.
Duli yang Maha Mulia,
Selamat di atas Taktha,
Allah, lanjutkan usia tuanku,
Rakyat mohon restu,
Bawah duli tuanku
Selamanya aman dan sentosa,
Aman dan bahagia,
Duli yang maha mulia.

Urghhh, sedihnya!! Hari ini hari terakhir Tuanku Mizan Zainal Abidin digelar Agong... Tuanku Mizan the best kot!! Haizz...

Anyway, sebagai rakyat tuanku, awad doakan tuanku akan bahagia dan sentiasa terpelihara oleh si Pencipta, Allah swt. Moga-moga anak cucu tuan akan menjadi kerabat yang memerintah negara pada masa akan datang. Moga-moga anak tuanku, akan memerintah negara ini pada masa akan datang.

Tuanku akan sentiasa mendapat sokongan rakyat tuanku :D
Hmmm, agak sedih sebenarnya, selepas ni tukar agong... Agong seterusnya ialah Sultan Kedah. And then Sultan Kelantan. Yes, I cant wait for Sultan Kedah! Awad dengar sultan kedah jenis yang suka pakai jubah, macam ni la pemimpin yang kita cari! :D

Akhir kata, semoga Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Permaisuri Nur Zahirah serta keluarga, akan selamat di dunia dan akhirat serta dicucuri rahmat Allah SWT. Amin...

btw, arghh, jeles gila dekat orang yang escort Tuanku. Dapat salam. Muahaha, satu penghormatan kot dapat salam Yang Di-Pertuan Agong.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Thursday, December 8, 2011

Result

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yeahh~ Alhamdulillah... Thanks Mr. Amir, my add math teacher and thanks to Cikgu Ashi, my math modern teacher.... Add math dan math modern kali ni tak fail, lulus~~~!! tak payah buat ulangan~ yeahhh~~ thanks teacher for teaching me. You two are the best!! Harap2 tahun depan cikgu ajar awad lagi.. amin...

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuesday, December 6, 2011

Jika aku seorang perdana menteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memandangkan ini blog awad sendiri, dan memandangkan awad tengah bosan yang teramat, berangan sekejaplah, alang-alang menaikkan traffic blog yang kian merosot. huhu...

Jika aku seorang Perdana Menteri.
Aku akan melaksanakan Hudud, yakni dengan menubuhkan jawatankuasa pelaksanaan hudud. Hudud sebenarnya sangat penting, ini bagi mengekalkan keamanan dalam negara. Selain itu, untuk pastikan orang Islam melayu tidak murtad, awad mungkin akan melaksanakan akta bunuh murtad.

Jika aku seorang Perdana Menteri, aku akan membasmi perbezaan antara kaum. Kenapa bezakan melayu, cina, india dan india? Sedangkan kita adalah orang Malaysia. Orang cina ialah orang China, orang India ialah orang India, sekarang y'all berada di Malaysia, jadi orang Malaysialah kan? Satu kaum yang baru!!Macam UMNO, mereka tumpukan kepada orang melayu, tapi Islam tidak menyuruh kita membezakan manusia berdasarkan bangsa.. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, orang Indonesia, orang Thailand, Filippina itu semua ialah orang melayu pada asalnya. Tapi kenapa kita tidak menggelar mereka melayu? Hah! Fikir-fikirkanlah..

Jadi, awad rasa tidak perlu sekolah kebangsaan jenis Cina, atau sekolah kebangsaan jenis india. Campurkan je. Maksudnya, UPSR boleh la ambil 8 subjek. haha, tambah bahasa arab, bahasa tamil dan bahasa mandarin. Sekarang, orang Cina kena bantu melayu, oran melayu bantu Cina, orang india, bantu Cina, Melayu bantu India.. Kita harus saling bantu-membantu kalau nak Malaysia maju sehingga ke persada dunia!!

Hehe... Seterusnya, jika aku seorang perdana menteri, aku akan membina lebih pengkalan tentera di kawasan Sabah dan Sarawak. Orang Iban ialah satu etnik yang terkenal dengan ketangkasan dalam hutan dan kekuatan fizikal, jadi.. Satu kelebihanlah buat Malaysia.

Seterusnya, jika aku seorang perdana menteri, aku akan membaiki semula hubungan perdagangan dengan Iran iaitu dengan menyambung semula penjualan gasoline kepada mereka. Insyaallah, hubungan yang baik akan memajukan kedua-dua negara. Bagaimana? Kita beri gasoline, mereka beri teknologi.

Selain itu, jika aku seorang perdana menteri, aku akan menubuhkan NGO yang mengambil pelajar lepasan Universiti. Di Malaysia sahaja sekarang ini, beribu-ribu pelajar graduate setiap tahun, dari yang diploma, sehinggalah Master. Jadi, rugi jelah jika mereka ini tidak digunakan sebaik-baiknya bukan? Well, awad respectlah Tuanku Mizan Zainal Abidin! Wah, serius awad sayang pemimpin tahap raja ni semua. Haha.. Baru-baru ni, Tuanku telah pergi ke Antartika. Balik-balik, terus ada akta Antartika. Yes, awad respect! Maksudnya Tuanku kita ada motif pergi ke sana. Yeaa~ Tabik pemimpin yang macam ni~

Oleh itu, mungkin, jika aku seorang perdana menteri, aku akan tubuhkan NGO berciri berikut:
Religious: Tidak kira la agama apa pun, tidak ada agama yang menyuruh penganutnya membuat benda jahat, oleh itu, sistem keagamaan yang mantap dapat mengurangkan masalah sosial dikalangan belia (belia sangat penting, mereka adalah tunggak penggerak negara)

Mualaf: Ni bagi membantu mereka yang baru menganut agama Islam.

Anti kemiskinan: Yang ini adalah bagi membantu golongan miskin, ada kajian yang mengatakan, pada zaman ini, orang yang kaya semaki kaya manakala yang miskin semakin miskin. Hmm.. Awad akan pastikan kajian itu tidak berlarutan, haha.. Tak tipu, boleh!

Pencatat masalah: Yang ini.. macam Malaysia sekarang, ada banyak projek tergendala, ada banyak menteri main rasuah, ada banyak masalah yang tidak diselesaikan. Jadi, seperti khalifah-khalifah yang dahulu, apabila rakyat mereka ada masalah, mereka terus pergi berjumpa khalifah mereka dan menyatakan masalah mereka. Sistem penjajah yang berupa Biro atau Jawatankuasa ini telah membuatkan pemimpin sebenar kita terlupa tugas beliau. Jadi, NGO ini akan mencatat masalah, seterusnya dibentankan kepada aku, muahahaha~ jika aku seorang perdana menteri XD

Kaunseling ibu bapa: NGO ni bagi kaunseling kepada ibu bapa yang tidak menjaga anak-anak mereka dengan baik. NGO ini akan bertindak sebagai penasihat.

Kemajuan teknologi

Kemajuan belia

Hutang PTPTN: Yang ini.. malaysia kekurangan buruh sekarang, ambil je mereka yang berhutang dengan PTPTN (mengganggur). jadi, NGO ini akan bertindak mencari mereka yang berhutang itu. Justeru, apabila orang tempatan mendominasi kerja-kerja pembinaan, dapat mengurangkan kadar pendatang asing. haha, gerenti ramai tak suka NGO ini nanti

Lol, dah lama sangat ni berangan :-3 Sekali sekala berimaginasi, well, orang muda memang hebat dalam bab-bab imaginasi, inilah antara sebab utama belia istimewa dan harus dijaga dengan baik. Haha, banyak gila NGO.

Oh, dan jangan lupa yang paling penting, jika aku seorang perdana menteri, aku akan tamatkan sistem pemberian tender!! Kisah apa menteri tak suka pada kita? Seorang pemimpin yang membuat kerjanya dengan baik mungkin tidak disukai menterinya, tapi jangan lupa, anda ada yang lebih berharga, iaitu rakyat anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Monday, December 5, 2011

wad-a-boringlife.blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lol, sekarang baru betul tema blog ni. Haha, perghh... boring. Serius boring cuti ni!! Nak org bawak gi jalan2, bersalah pula T_T

Homework berduyun-duyun, malas buat.

haha.... Bangun lewat, setengah hari kat Cc, balik makan tido... Sia2 gila masa digunakan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sunday, December 4, 2011

Hari Asyura

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...

Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.

- Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.

- Diriwayatkan oleh imam Tarmizi -

Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah.

- Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -

Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.

Bibliografi

1. Al-Minhaj Syarah Sohih Muslim oleh imam Nawawi, semakan Syeikh Khalil Ma’mun Syiha, Darul Makrifah, Beirut.

2. Tuhfah al-Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tarmizi, Mubarakfuri, Darul Kutub Ilmiah, Beirut.

3. Sunan Abu Daud

4. Al-Lafzu al-Mukram bi Fadhaili ‘Asyura al-Muharram, Ibnu Nasaruddin ad-Dimasyqi, Rimadi lin-Nasyr